Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan lebih RM1 juta
Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan satu sindiket yang cuba menyeludup keluar hampir 100,000 liter minyak diesel dalam serbuan di sebuah premis di Kubang Pasu, Kedah, pagi tadi.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, berkata operasi bersepadu itu dijalankan Unit Risikan Marin (URM) Kuala Kedah bersama Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Bukit Kayu Hitam.
“Pemeriksaan pada jam 9.30 pagi di sebuah premis di Mukim Sungai Laka membawa kepada penahanan empat lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan berusia 50 tahun dan tiga lelaki warga Thailand.
“Lelaki tempatan itu mengaku sebagai penjaga premis, dan hasil pemeriksaan menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusley berkata, rampasan termasuk tiga treler bernombor pendaftaran Thailand, lapan skid tank, dua mesin pam minyak serta minyak diesel berjumlah 99,000 liter dianggarkan bernilai RM331,650.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Anggaran keseluruhan nilai rampasan mencecah RM1.05 juta.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua tangkapan serta barang yang dirampas diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, dalam satu operasi berasingan Sabtu lalu, PPM menahan sebuah bot pukat tunda kelas C yang didapati melanggar pelbagai syarat di bawah Akta Perikanan 1985 dalam pemeriksaan di perairan Rungkup, Perak.
Rusley berkata, pemeriksaan dilakukan bot ronda ketika rondaan Op Taring Gelora kira-kira 6.36 batu nautika dari Pantai Sungai Belukang pada jam 9.30 pagi.
“Pemeriksaan mendapati bot itu menggunakan empat kru warga asing Myanmar tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Selain itu, pemilik bot disyaki menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter serta menutup nombor pendaftaran di bumbung rumah kemudi,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut mengesan nombor pendaftaran pada bahagian hadapan bot yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta kegagalan memasang p
“Bot itu juga tidak menyediakan boya keselamatan, manakala alat pemadam api yang ada didapati sudah tamat tempoh.
“Semua kru ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya yang turut memaklumkan PPM turut merampas dua pukat tunda, dua gulung tali tunda, dua papan tunda, 66 tong ikan serta 14 tong air dan 100 kilogram ikan campur yang terdapat dalam bot berkenaan.
“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk bot adalah RM23,500.
“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan lebih RM1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.