Indra kembali kuatkan ‘Harimau Malaya’
Indra kembali kuatkan ‘Harimau Malaya’

Shah Alam: Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Malaysia (Liga M), Indra Putra Mahayuddin kembali mengetuk pintu ‘skuad Harimau Malaya’ dalam Kejohanan Bolasepak 7’s Asia di EV Arena di Elmina, Shah Alam bermula esok.
Indra, 43, antara legenda bola sepak negara yang akan memperkuatkan skuad negara disamping beberapa pemain ‘otai’ lain seperti Manaf Mamat, Razman Roslan, Amer Saidin, Adib Aizudin Abdul Latif dan Fandi Othman.
Dengan reputasi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga M dengan 105 gol, sudah pastinya sentuhan berbisa Indra ditagih untuk merobek pencabar lain dalam kejohanan itu nanti.
Menurut pengendali negara, Sulaiman Hussin, kehadiran Indra dan tonggak berpengalaman lain akan dapat menstabilkan pasukan untuk mengharungi saingan itu nanti.
“Saingan 7s ini baru buat saya dan pemain-pemain juga, tapi dengan adanya gabungan pemain berpengalaman dan pemain yang masih bermain, ia memudahkan untuk saya dan yang lain menyesuaikan diri dengan pasukan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH
“Malah apabila adanya pemain pengalaman seperti Indra dan Razman ini, ia akan menstabilkan pasukan apabila mengharungi pasukan tahap Asia ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kejohanan di sini, hari ini.
Ditanya sasaran pasukan, Sulaiman akui mengimpikan untuk mara ke final bersama anak buahnya.
“Pengurusan tidak meletakkan sasaran tetapi saya secara peribadi mengimpikan mahu layak sejauh mungkin dan kalau boleh ke final.
“Tapi saya dah bagi tahu kat pemain-pemain, memang impian kita ke sana (final) dan kita akan ambil pendekatan satu perlawanan ke satu perlawanan,” kata Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur itu.
Dalam saingan itu nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama naib juara edisi lalu iaitu India serta Filipina dan Hong Kong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
Dalam pada itu, pasukan pilihan utama yang juga juara bertahan, Jepun diletakkan dalam Kumpulan A bersama Brunei, Singapura dan Vietnam.
Saingan itu bermula esok dan final dijadual berlangsung pada Ahad ini.
Indra kembali kuatkan ‘Harimau Malaya’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih Baik Daim Tumpukan Kes Beliau Dari Laporan Bloomberg
- Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa
- BN-PH berpotensi menang besar jika teruskan momentum kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan