Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia
Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik dunia berdasarkan kemaskini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.
Kedudukan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu naik satu tangga untuk menghuni ranking nombor tiga dunia.
Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu berada dalam kelompok tiga terbaik adalah pada 18 Januari tahun lalu yang menyaksikan dia menghuni nombor dua dunia – ranking terbaik dalam kerjayanya.
Meskipun tidak beraksi dalam kejohanan sejak tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun dua minggu lalu, kedudukan ranking Zii Jia naik disebabkan pemain Indonesia, Jonatan Christie kehilangan mata susulan pencapaian separuh akhir Terbuka China tahun lalu yang berlangsung pada minggu ke-36.
Jonatan jatuh daripada kedudukan nombor tiga ke nombor tujuh dunia.
Pemain China, Shi Yuqi kekal sebagai pemain nombor satu dunia manakala juara Olimpik dua kali, Viktor Axelsen di tempat kedua.
Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak Februari lalu selepas dua kali menjalani pembedahan jatuh tiga anak tangga di kedudukan ke-25 dunia.
Bagaimanapun, dengan Tze Yong memperoleh perlindungan ranking, dia tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama berdasarkan kedudukan ranking terakhirnya di tangga ke-18.
Dalam acara beregu lelaki, pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh daripada nombor tiga dunia ke kedudukan kelima selepas kehilangan mata daripada pencapaian naib juara Terbuka China tahun lalu.
Beregu lelaki kekal acara terbaik buat Malaysia apabila empat pasangan dalam kedudukan 20 terbaik dunia.
Tiga lagi gandingan iaitu Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang kini bergerak secara profesional di kedudukan ke-12, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).
Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei masing-masing kekal kedudukan nombor lapan dan sembilan dunia.
Perseorangan wanita, Goh Jin Wei jatuh daripada kedudukan ke-31 ke 33 dunia. BH
Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)