Ali XPDC kena serangan jantung

 

PUTRAJAYA: Penyanyi Ali XPDC atau nama sebenar, Mohd Ali Ismail, 56, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, selepas disahkan terkena serangan jantung, hari ini.

Pada jam 11.45 pagi tadi, Ali dikejarkan ke hospital selepas menerima kerusi roda disumbangkan Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah yang mengunjungi penyanyi itu di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ali dihantar ke HSIS menaiki kenderaan rasmi Kerajaan Selangor. Beliau ditemani isteri, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, dan rakan artis yang juga penyanyi, Salimey Abu Bakar. Sejak beberapa hari lalu, Ali dilapor sering sesak nafas dan termengah-mengah selain perlu menggunakan ‘inhaler’ untuk bernafas.

Salimey ketika dihubungi BH Online memberitahu, setibanya di HSIS, doktor memaklumkan Ali terkena serangan jantung dan bernasib baik segera dikejarkan ke hospital.

“Selepas diperiksa di wad kecemasan, Ali di tempatkan di unit CCU untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Salimey berterima kasih kepada Borhan kerana memujuk dan menghantar Ali mendapatkan rawatan di hospital. Tambahnya, Ali kini berada dalam keadaan stabil dan masih diberi bantuan oksigen dan dipantau doktor.

“Saya berharap Ali diberi kesembuhan seperti sedia kala. Saya harap peminat dan orang ramai dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ali,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker