PTPTN, YPM bantu pelajar asnaf MRSM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Harapan Kasih terus komited menghulurkan bantuan kepada pelajar daripada golongan asnaf menerusi Skim Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya amat prihatin dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar dan turut menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat.

Menurut Norliza, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pelajar asnaf dapat meneruskan pengajian mereka dengan bantuan sumbangan daripada PTPTN.

“Diharapkan melalui program ini masalah keciciran persekolahan akibat kemiskinan dapat dikurangkan melalui akses pendidikan yang sama rata.

“PTPTN menyambut baik kerjasama bersama YPM. PTPTN mengalukan pelbagai pihak mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan bantuan diberikan merangkumi pelbagai golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena penyampaian bantuan persekolahan dan simpanan dalam Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime kepada pelajar di bawah program Skim Anak Angkat YPM, Muhammad Zaheer Norhasdi, 14, di kediamannya di Rawang, Selangor, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar.

Muhammad Zaheer yang juga pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak menerima tajaan elaun persekolahan bulanan sebanyak RM100 selama lima tahun membabitkan jumlah keseluruhan RM6,000.

Dia juga menerima sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime secara ‘one off’ sebanyak RM200 serta peranti tablet termasuk sumbangan wang tunai bernilai RM500 dan bakul makanan.

Sementara itu, Faisalludin berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan jalinan kerjasama antara YPM dan PTPTN sekali gus menunjukkan keprihatinan PTPTN terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

“MARA melalui YPM sentiasa mengalu-alukan mana-mana agensi, badan korporat dan individu untuk bersama-sama YPM melaksanakan CSR pendidikan demi kemajuan pendidikan pelajar di negara ini,” ujarnya.

Untuk rekod, melalui Skim Anak Angkat YPM, PTPTN telah memberi penajaan elaun persekolahan dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime secara ‘one off’ kepada 20 orang anak angkat terpilih.

Bantuan selama lima tahun itu diberikan mulai 2022 bagi persekolahan tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM124,000 melalui peruntukan zakat PTPTN di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker