Guru terkejut pelajar ajak kahwin

Seorang guru wanita di Indonesia berkongsi  mesej  seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp  yang meluahkan rasa cinta dan mengajak dia berkahwin, lapor portal berita Wolipop semalam.

Guru dikenali sebagai Rindy Yanti itu menerima pesanan tersebut daripada seorang pelajar bernama Fatur.

“Kehidupan saya sudah cukup meletihkan, ditambah lagi apabila menerima pesanan ringkas seperti ini  daripada murid,” kata Rindy dalam keterangan hantarannya.

Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu, si pelajar memberitahu bahawa dia merupakan pelajar Rindy ketika wanita itu mengajar di Sekolah Madrasah Aliyah.

Dia kemudian mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.

“Adakah cikgu masih bujang?” soalnya.

Apabila ditanya mengapa dia mengutarakan pertanyaan tersebut, Fatur memberitahu bahawa dia menyukai Rindy dan ingin mengahwininya.

“Apabila tamat sekolah nanti, saya mahu berkahwin dengan cikgu, boleh? Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan cikgu,” katanya.

Rindy kemudian menasihati Fatur agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan ibu dan bapanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Fatur, anda belum tahu bagaimana kehidupan selepas tamat sekolah,” kata seorang netizen.

“Fatur, mungkin anda anak orang kaya tujuh keturunan kerana berani mengajak guru berkahwin selepas habis sekolah menengah,” kata netizen. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker