Abdul Hamid gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL

Abdul Hamid gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL

Mahkamah Sesyen menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan tuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hakim Suzana Hussin menolak permohonan pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, selepas meneliti dan mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Pada 31 Mei lepas, Abdul Hamid Shaikh memfailkan permohonan itu atas alasan tuduhan terhadapnya bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah cacat selain tidak berasas, kerana tidak menyatakan butiran penting, iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan.

Terdahulu, Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya berhasrat memohon mendapatkan pelepasan sementara pasportnya bagi menghantar anak melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) dan urusan perniagaan di Amerika Syarikat.

“Beliau perlu berada di UK pada 12 Sept ini dan urusan kerja di Amerika Syarikat pada 1 Okt. Sekiranya permohonan untuk mendapatkan pasport beliau dibenarkan, saya mohon kehadiran anak guam saya dikecualikan pada tarikh sebutan seterusnya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat berkata, pihak pembelaan perlu memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongan untuk menyokong permohonan pelepasan sementara pasport.

“Kami perlu teliti tarikh dan alasan permohonan sebelum membuat keputusan untuk membantah atau tidak kerana tempoh ke luar negara agak panjang,” katanya.

Mahkamah mengarahkan tertuduh memfailkan permohonan berhubung pasport dan menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pada 5 April lepas, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan menerusi Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Annuar, ketika itu menteri komunikasi dan multimedia, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. FMT

Abdul Hamid gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker