Penyelewengan RM24.8 juta dalam Kesedar, “Saya telah mencium bau itu” – Zahid Hamidi
Individu yang ditahan kerana didakwa menggelapkan RM24.8 juta daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) didakwa menyalahgunakan pengenalan diri sembilan kakitangan lain untuk memindahkan wang berkenaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolong akauntan itu telah melakukan “perbuatan licik” itu selama lapan tahun.
“Saya telah mencium bau (penyelewengan) itu, maka langkah-langkah selepas saya berada di kementerian ini dilakukan bukan hanya berdasarkan pada laporan audit tetapi sembilan individu di dalam Kesedar telah digunakan ID-nya oleh individu berkenaan untuk melakukan penyelewengan wang Kesedar hampir RM25 juta.
“Satu tempoh yang panjang ini saya fikir adalah satu perbuatan yang licik dilakukan oleh penolong akauntan yang berkenaan,” kata Ahmad Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.
Dia berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran jelajah advokasi antigangguan seksual di Hotel Doubletree di Putrajaya hari ini.
Ahmad Zahid berkata, dia tidak akan sesekali berkompromi berhubung isu melibatkan wang pembayar cukai.
“Wang cukai yang sepatutnya digunakan untuk peneroka tetapi sebaliknya individu berkenaan menggunakannya untuk kepentingan peribadi,” katanya.
Menurutnya lagi, ketua setiausaha kementerian itu telah diarah mengambil tindakan undang-undang segera.
Terdahulu, pihak polis pada Sabtu lalu menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu akauntan Kesedar kerana disyaki menyelewengkan lebih RM24.8 juta daripada agensi itu.
Siasatan awal mendapati suspek membuat 194 transaksi sejak Disember 2016 daripada akaun Kesedar ke akaun syarikat miliknya.
Tindakan terhadap Telegram
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata dia senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil mengenai tindakan yang akan diambil terhadap penyedia perkhidmatan Telegram kerana enggan memberikan kerjasama dengan kerajaan.
Fahmi sebelum ini berkata kementerian itu telah memanggil pengendali Telegram berhubung penyalahgunaan platform berkenaan untuk tujuan aktiviti lucah, ekstremisme dan penipuan.
Berikutan keengganan Telegram untuk memberikan kerjasama dengan kerajaan, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan kawal selia, akan mencadangkan tindakan seterusnya diambil terhadap platform itu.
Sebagai respons, pengendali platform berkenaan berkata pihaknya tidak memberikan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam “sebarang bentuk penapisan politik“.
Ahmad Zahid berkata walaupun Telegram tidak digunakan secara meluas seperti beberapa platform lain, namun kesan negatif penyalahgunaannya masih wujud.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online