Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan

Sebelum ini arwah dilaporkan hilang di hutan simpan Royal Belum

Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan

KEPALA BATAS: Perit hati seorang isteri mengenangkan suami tersayang ‘pulang’ dalam keadaan tubuh yang kaku dibalut kain kapan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri menjelma.

Meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib, 30, mengakui pemergian suami, arwah Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib itu amat perit untuk ditelan.

Mohammad Nasri yang juga anggota Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Kem Sri Bentong, Pahang ditemui maut selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, Perak.

Mayatnya ditemui jam 10.15 pagi tadi dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Mertajam di Penaga, dekat sini, selepas proses bedah siasat selesai.

Husna ketika ditemui berkata, kali terakhir dia bersama arwah suami pada 2 Mac lalu ketika menghantarnya di kem dan ketika itu dia sempat meminta izin untuk pulang beraya ke kampung di Sungai Petani, Kedah.

“Arwah tidak dapat bercuti tahun ini dan atas sebab itu, saya minta izin untuk pulang beraya di kediaman keluarga bersama dua anak berusia dua dan empat tahun di Sungai petani dan arwah izinikan .

“Itulah pertemuan terakhir kami…saya tidak menyangka dan terkejut mendapat berita mengenai kematian suami kerana selalunya setiap kali menyertai operasi, dia akan balik dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mentuanya di Pulau Mertajam, di sini.

Husna berkata, kali terakhir dia beraya bersama arwah suaminya adalah pada tahun lalu, namun semuanya kini tinggal kenangan.

“Saya akan sentiasa mengingati sikapnya yang menyenangkan keluarga. Dia seorang suami yang penyayang dan sabar dalam melayani anak-anak,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Fadzilah Bakar, 56, berkata, Mohammad Nasri yang juga anak tunggalnya itu sempat menghubunginya semasa operasi sebelum dilaporkan hilang beberapa jam kemudian.

“Semasa panggilan itu dia (arwah) hanya berbual biasa sahaja dan tidak sangka itu perbualan terakhir saya dengannya.

“Arwah mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang anggota tentera,” katanya yang sudah kematian suami sejak 28 tahun lalu. BH

Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker