Jasmine perkenal produk sedia dimakan
Jasmine perkenal produk sedia dimakan
Jasmine Food Corporation memperkenalkan dua rangkaian produk terbaharu terdiri daripada Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream Ez Briyani Meals.
Pelancaran produk baharu ini merupakan produk pertama yang berasaskan produk makanan segera selain produk klasik Jasmine iaitu beras dan bihun tradisional.
Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Lim Swee Keat berkata, rangkaian produk baharu itu dihasilkan untuk memenuhi keperluan semasa pengguna.
“Beras Jasmine sudah menjadi makanan ruji dalam isi rumah Malaysia selama lebih 60 tahun.
“Memandangkan pilihan dan cita rasa pengguna semakin berkembang, kami ingin menawarkan produk baharu yang sesuai dengan gaya hidup mereka,” katanya pada majlis pelancaran produk baharu Jasmine, di sini, hari ini.
Menurutnya, Jasmine XXL Bihun Segera tampil dengan dua pilihan perisa asli iaitu Sup Ayam dan Kari Putih Pulau Pinang.
“Satu pek sudah cukup untuk memuaskan rasa lapar anda kerana ia datang dengan hidangan yang lebih besar iaitu XXL.
“Manakala produk Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals adalah lanjutan daripada nasi PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal dari Jasmine.
“Ia adalah produk sedia untuk dimasak yang didatangkan dengan 400 gram beras PusaCream Basmathi, pes briyani untuk nasi dan pes Ayam Masak Merah atau Kari Ayam.
“Cara masakan yang amat mudah hanya perlu tambah ayam dan hidangan yang sihat cukup untuk empat hingga lima orang dan siap dalam masa 30 minit,” katanya.
Lim turut mensasarkan jualan sebanyak 100,000 pek bagi kedua-dua produk ini tahun depan.
Kedua-dua produk baharu Jasmine ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Semenanjung Malaysia dan dalam talian melalui e-kedai rasmi Jasmine di Shopee dan Lazada.
Jasmine XXL Bihun Segera dijual pada harga RM8 hingga RM13 manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals dijual pada harga RM28 hingga RM31. HM
Jasmine perkenal produk sedia dimakan
Baca Artikel Menarik:
- M40 mahu minta tolong dari siapa?
- Final Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe
- Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
- UMNO tidak daif jika aset-asetnya dipulangkan – Puad
- Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula
- Kereta wanita dicalar kerana parkir di kawasan sementara
- Cacing ‘menari’ dalam testis lelaki
- Bangkai ‘anak Loch Ness’ di tepi pantai dipercayai ikan pari
- Lelaki tikam isteri, berang dihina berketurunan tidak baik
- UMNO dalam keadaan genting jika jawatan Presiden tidak dicabar – Penganalisis
- Kata parti pelbagai kaum tetapi mana wakil Melayu dari DAP untuk Kerajaan Perpaduan?
- Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
- Duit PAS dari ‘Tin Milo’ – Ahli Parlimen PAS
- Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]
Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]