Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia

Kata-kata lucu Samy Vellu

Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia

“Marilah kita semua menderma dara,” ungkapan itu dilapor diluahkan oleh S Samy Vellu pada suatu majlis derma darah, berdekad lalu. Namun ia masih diingati dengan senyum melebar oleh sebilangan besar rakyat hingga hari ini.

Banyak petikan sedemikian yang dikaitkan kepada Samy Vellu masih dikitar hari ini sungguh pun beliau sudah lama meninggalkan politik. Kematian mendiang pada usia 86 tahun, awal pagi ini, menjadi tirai pembuka semula, bukan sahaja pelbagai kisah lucu dan menarik mengenai beliau tetapi juga jasanya kepada negara dan penduduk kaum India negara ini.

Samy Vellu dikenali sebagai antara tonggak utama Barisan Nasional, yang bersama pemimpin seperti, Ling Liong Sik (bekas presiden MCA) dan mendiang Lim Keng Yaik (Gerakan), memberi kekuatan kepada kerajaan yang diterajui oleh Dr Mahathir Mohamad untuk berbelas tahun.

Ketika itu, Malaysia sinonim dengan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Samy, sebagai presiden MIC dan menteri kanan, dilihat sebagai pemimpin utama masyarakat kaum India. Tidak keterlaluan mengatakan kepimpinan beliau memastikan BN bawah pimpinan Mahathir memperolehi sokongan kukuh pengundi kaum India pada setiap pilihan raya umum ketika itu.

Namun, Samy juga dituduh sebagai pemimpin ‘kuku besi’ dalam menerajui MIC dan kerap terlibat dalam perbalahan dengan pemimpin lain, termasuk S.Subramaniam dan K.Pathmanaban, dan M.G Pandithan yang bersama beliau dalam MIC satu ketika dulu.

Perbahasan panas Samy Vellu dengan tokoh pembangkang Karpal Singh, di Parlimen dan luar parlimen kerap menjadi ikutan media dan rakyat serta menjadikan politik tanah air rancak sentiasa.

Samy Vellu pernah terpalit dengan pelbagai pertuduhan oleh musuh politiknya termasuk kontovesi yang menyelubungi saham Telekom-Maika Holdings. Beliau juga mengundang kemarahan lapisan rakyat tertentu mengenai pembinaan projek lebuh raya yang dikenakan tol.

Apa pun, Samy Vellu bertegas bahawa segala tindakannya dalam mengemudi MIC dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai menteri bukan untuk dirinya tetapi demi kepentingan rakyat dan masyarakat kaum India.

Bagi beliau, politik adalah amanah yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau yang memimpin MIC dari tahun 1979 hingga 2010 pernah berkata “politik sebenarnya tidak kotor tetapi orang yang libatkan dirinya dalam politik yang mengotorinya.”

Sepanjang beliau menjadi menteri dan MIC, Samy Vellu menjadi tumpuan wartawan pada setiap majlis umum untuk mendapatkan ‘quote’ bagi ‘menyedapkan’ artikel atau laporan yang ditulis. Dan Samy Vellu tidak pernah mengecewakan mereka.

“Toll naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua toll saya punya bapak punya kah?”, adalah antara reaksi Samy yang sering dipetik wartawan (termasuk yang sudah bersara sekarang) apabila mengimbau pengalaman mereka bersama mendiang semasa beliau menteri kerja raya.

“Beliau tidak segan mengakui kurang fasih Bahasa Melayu tetapi apa yang diperkatakan mendiang selalunya berjaya menyampaikan mesej yang dimaksudkan dengan tegas, dan tidak mungkin dilupakan,” kata wartawan veteran K. Parkaran yang sering membuat liputan majlis Samy Vellu.

Pemergian Samy Vellu menyayat hati kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Beliau ikon politik yang merentasi agama dan bangsa serta dihormati oleh musuh dan kawan politik.

Mereka yang mengenali mendiang akan sentiasa mengingati kata-katanya, baik yang lucu mahupun serius serta gaya kepimpinan tersendiri selama beliau mewarnai persada politik tanahair.

Ini anatara kata-kata mendiang yang dianggap lucu: –

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan untuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dada”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dara”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas untuk membuka kain”

10. Semasa angkasawan kita pulang, Samy berucap: “kite bershukur bahawa angkasawan kite setelah meninggal dunia 10 hari kini selamat di kebumi. ”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker