Susherrie asli suku Semai cipta sejarah bergraduat ijazah kelas pertama di University College London
Seorang mahasiswa Orang Asli dari suku Semai mencipta sejarah bagi masyarakat itu apabila menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di universiti ternama, University College London (UCL).
Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), Susherrie Suki yang berasal dari Perak menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.
“Beliau merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL. UCL merupakan universiti terkemuka di dunia, di mana kedudukan semasa universiti ini adalah di tangga kelapan dunia (QS World University Ranking 2023).
“Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.
“Saudari Susherrie Suki kini telahmendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” kata persatuan itu di Twitter.
Pada 2016, Susherrie mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej Mara Seremban.
Menurut PMOA, Susherri adalah salah seorang pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Mara di bawah Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.
Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus, termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro dalam UCL Malaysia Society.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan