Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
Calon naib presiden PKR yang tewas baru-baru ini, Farhash Wafa Salvador tidak yakin dengan hasil audit forensik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) itu.
“Sejak dari mula, proses-proses pemilihan parti, lebih-lebih lagi proses pengiraan undi yang dilakukan secara rahsia, sangat diragui kerana sangat terbuka kepada manipulasi tetapi jawapan yang diberikan pihak JPP langsung tidak meyakinkan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Selain jawatan naib presiden, Farhash turut mencabar Amirudin Shari yang merupakan Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar untuk jawatan ketua bahagian Gombak tetapi juga tewas.
Terdahulu, JPP PKR memuktamadkan keputusan akhir Pemilihan 2022 selepas menjalankan audit forensik terhadap bantahan dan aduan yang diterima berkaitan pemilihan parti itu.
Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa (gambar, atas) memaklumkan keputusan akhir parti itu akan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Agung untuk tindakan selanjutnya bagi persediaan Kongres Nasional 2022 yang akan berlangsung pada 15, 16 dan 17 Julai ini.
JPP PKR dalam satu kenyataan juga menafikan berlakunya penipuan besar-besaran dalam pemilihan PKR.
Sebaliknya, jawatankuasa itu mengesahkan terdapat cubaan menggodam dalam prosesnya untuk menjejaskan integriti keputusan pemilihan parti.
“JPP merasa kesal atas perbuatan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan ataupun merosakkan integriti Pemilihan PKR 2022,” kata Dr Zaliha.
Sementara itu, Farhash yang juga bekas pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim menempelak kenyataan JPP mengenai “audit mendapati ada cubaan menggodam sistem tetapi tidak berjaya.”
Menurut Farhash, ia dilihat sebagai satu helah untuk mengalihkan pandangan daripada kegagalan mengangkat ketelusan.
“Malah Dr Zaliha sendiri kini dilihat berkompromi untuk melindungi proses-proses yang tidak telus ini, maka tidak perlulah beliau berbicara soal integriti kerana ia tidak wujud dalam konteks pemilihan parti ini dan permohonan untuk ketelusan pun ditolak mentah-mentah.
“Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan sebelum kita berhadapan dengan rakyat dalam siri kempen PRU15, mungkin ada baiknya presiden parti Anwar Ibrahim meyakinkan anggota-anggota bahawa (PKR) ini masih sebuah parti yang menegakkan ketelusan, keadilan dan integriti,” dakwa Farhash lagi. Mk
Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
Baca Artikel Menarik:
- Tuan Ibrahim nafi PAS mahu guna logo PN
- Ibu tunggal tidak serik kahwin kali ke-12
- Ini rupanya Kapten Syers dalam Mat Kilau [VIDEO]
- Cubaan samun berakhir tragedi, suspek dan mangsa terbunuh
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM
Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari