MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menetapkan 25 Ogos depan bagi tarikh perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis Azlan Man terhadap Sova Ali.

Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim menetapkan tarikh itu selepas peguam Azlan, Nurul Atikah Abd Rashid, memberitahu anak guamnya tidak hadir hari ini kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Pada prosiding itu, Sova yang memakai jubah hitam diwakili peguam Muhammad Syafiq Ibrahim.

Muhammad Syafiq berkata prosiding dijalankan di Hulu Langat kerana permohonan difailkan oleh Sova yang menetap di sini, lapor Berita Harian.

Sementara itu, Azlan juga memohon perbicaraan akan datang diadakan secara tertutup kerana statusnya sebagai menteri besar.

Peguamnya berkata Azlan bimbang berlaku salah faham masyarakat terhadap reputasinya.

Hakim berkata akan memutuskan perkara itu kemudian.

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker