Dr. Fathul Bari bidas PAS, jangan menyibuk!
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Fathul Bari Mat Jahya mahu PAS memperkasakan parti sendiri dahulu sebelum “sibuk” menasihati parti itu.
Hari ini, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin, menyarankan ahli MKT Umno menasihati presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi, yang seringkali memberikan tekanan kepada perdana menteri untuk menyegerakan pilihan raya umum.
Beliau juga meminta Zahid berhenti seketika berpolitik, sebaliknya bersama membantu kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.
Fathul ketika mengulas lanjut berkata, kenyataan Khairil disifatkan tidak berasas.
Katanya, segala keputusan dibuat Umno termasuk dalam soal mengadakan PRU15 adalah hasil perbincangan bersama MKT secara kolektif, malah disambut baik perdana menteri.
Malah, Ismail juga memberi jaminan tidak akan lewat walaupun sesaat apabila sudah tiba masanya diadakan PRU15.
“Nasihat saya, fokus kepada pemerkasaan parti sendiri (PAS) terlebih dahulu, janganlah adu domba atau cuba memecah-belahkan kami. Kami (Umno) kukuh dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi PRU15.
“Dalam soal PRU15 khususnya, kami di peringkat MKT Umno sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak termasuk membabitkan parti komponen secara kolektif seterusnya membuat keputusan secara bersama,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Fathul yang juga timbalan ketua Bahagian Umno Kangar menyifatkan, kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor yang mendakwa Umno mahu pilihan raya umum segera kerana ada kaitan dengan kes mahkamah beberapa pemimpinnya sebagai keterlaluan.
Katanya, kenyataan Sanusi itu juga seperti menghina dan mempunyai sangkaan buruk terhadap mahkamah kononnya apabila Umno menang kes pemimpinnya akan digugurkan.
Soal Fathul, kenapa PAS takut jika PRU15 berlangsung dalam tempoh terdekat sehingga sanggup membuat tuduhan semberono seperti itu.
“Mungkin Sanusi juga takut kehilangan jawatan apabila pilihan raya segera diadakan. Sepatutnya redakan situasi ini dan beri peluang kepada perdana menteri membuat keputusan,” katanya.
Semalam, media melaporkan Sanusi yang juga menteri besar Kedah mendakwa, Zahid bertegas mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana takut dipenjarakan.
“Dia takut masuk penjara kalau PRU lambat. Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.