Kes tatatertib polis Pulau Pinang meningkat
GEORGETOWN – Kesalahan tatatertib melibatkan polis Pulau Pinang meningkat sebanyak 35.71 peratus pada tahun lalu berbanding pada tahun 2020.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu sebanyak 171 kertas siasatan tatatertib telah dibuka.
Menurutnya, kertas siasatan itu melibatkan 314 orang iaitu 43 pegawai kanan, 269 pegawai rendah dan dua kakitangan awam.
“Daripada jumlah kertas siasatan itu, kes tatatertib merekodkan sebanyak 107, jenayah (33), dadah (17), tidak hadir tugas atau pembolosan (lapan), kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (empat) dan syariah (dua).
“Sementara itu, daripada 314 orang yang terlibat, 28 orang masih dalam siasatan untuk diambil tindakan antaranya gantung, tahan dan dibuang kerja. Setelah Lembaga Tatatertib bersidang dan membuat keputusan serta hukuman dijatuhkan, barulah mereka ini akan berada dalam statistik hukuman.
“Sekarang ini, mereka hanya dalam statistik kertas siasatan tatatertib. Tidak adil untuk saya mengatakan kesemua 28 orang ini sudah dihukum, hanya kertas siasatan dibuka dan
disiasat mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Padang Tembak di sini pada Rabu.
Mohd Shuhaily sebelum itu menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar Peringkat Kontinjen Pulau Pinang.Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, kadar jenayah di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 27.3 peratus sepanjang tahun lalu.
Katanya, ia berdasarkan nilai ambang yang dijadikan kayu pengukur selain turut digunakan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) dalam kajian jenayah di seluruh dunia.
“Berdasarkan statistik ini, jenayah harta benda yang direkodkan adalah 2,900 kes, yang mana nilai ambang jenayah harta benda adalah 4,263 kes, menurun sebanyak 31 peratus dengan 1,303 kes.
“Selain itu, nilai ambang jenayah kekerasan adalah 1,666 kes, namun kes yang berlaku hanya 931 sahaja dan menurun sebanyak 12.7 peratus,” katanya.
Kes tatatertib polis Pulau Pinang meningkat
Baca Artikel Menarik:
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET