Sultan Johor titahkan 18,000 khemah bencana disediakan untuk mangsa banjir
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah hampir 18,000 khemah bencana untuk kegunaan mangsa banjir telah disalurkan kepada kawasan berisiko di seluruh Johor.
Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu, baginda bertitah, persediaan menghadapi banjir dibuat saban tahun dan dikemas kini sewajarnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
“Sama ada berlaku ataupun tidak, kita bersiap siaga untuk menghadapi banjir setiap tahun. Bukan sahaja khemah, malah persediaan lain juga disiapkan awal untuk segera dikerahkan jika sesuatu kawasan itu dilanda banjir.
“Semalam pada jam 2 pagi, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah datang ke Segamat untuk meninjau keadaan.
“Bantuan bukan sahaja untuk ketika berlakunya banjir tetapi juga perlu disediakan untuk meneruskan kehidupan selepas bencana itu. Rumah perlu dibersihkan, peralatan yang rosak perlu diganti dan macam-macam lagi,” titah baginda.
Baginda sebelum itu berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, di Labis, Segamat untuk melawat mangsa banjir.
Pusat berkenaan menempatkan 272 mangsa banjir daripada 93 keluarga yang menetap berhampiran.
https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/472110547606905
Ketika tinjauan itu, Sultan Ibrahim bertitah, tempahan tilam dan bantal ditambah untuk keselesaan mangsa di pusat berkenaan.
Turut berangkat bersama pada lawatan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
“Yayasan saya akan cuba sebaiknya untuk membantu mangsa-mangsa banjir negeri Johor, namun tangan saya ada dua sahaja. Saya tak mampu buat bersendirian.
“Saya harap lebih ramai pihak akan tampil untuk saling membantu.
“Saya juga menyeru rakyat negeri Johor supaya membuat solat sunat hajat dan berdoa agar diringankan bencana yang dihadapi serta dikurniakan perlindungan,” titah baginda.
Sultan Johor titahkan 18,000 khemah bencana disediakan untuk mangsa banjir
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET