Wanita muat naik, jual video lucah diri sendiri diberkas polis
Akibat kedegilan memuat naik gambar dan video lucah di akaun Twitter miliknya, seorang wanita dari wilayah Chaiyaphum, Thailand diberkas polis untuk kali kedua atas kesalahan sama, lapor portal berita Thaiger semalam.
Wanita berusia 23 tahun yang hanya dikenali sebagai Nan itu ditahan di daerah Thep Sathit selepas Mahkamah Wilayah Chaiyaphum mengeluarkan waran tangkap supaya rumahnya digeledah.
Polis yang menggeledah kediaman wanita itu telah merampas telefon bimbit miliknya dan tiga alat permainan seks.
Dia dituduh mengendalikan beberapa akaun Twitter yang menyiarkan gambar dan video lucah serta turut menjual alat permainan seks dan pakaian dalam.
Menurut polis, pengguna boleh mengikuti akaun Twitter Nan dan perlu membayar untuk menonton video bogel dan seks wanita itu.
Nan mengaku melakukan jenayah tersebut dan berkata bahawa dia merakam gambar dan video dirinya serta memuat naik kandungan lucah tersebut.
Dia sebelum ini pernah ditahan polis atas tuduhan sama pada 22 Mei tahun lepas.
Dia berdepan dakwaan menghasilkan, memiliki dan mengedarkan gambar serta video lucah, dan meletakkan bahan lucah ke dalam sistem komputer yang boleh diakses oleh orang ramai. – AGENSI
Wanita muat naik, jual video lucah diri sendiri diberkas polis
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah benar video, gambar kes bunuh Syed Danial dimainkan