Gerai Prihatin Rakyat PN langgar akta pilihan raya
Gerai Prihatin Rakyat PN langgar akta pilihan raya
Kumpulan pembaharuan pilihan raya, Bersih 2.0 berkata, program anjuran Perikatan Nasional (PN) yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memandangkan pilihan raya negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bulan depan.
Ia merujuk program Gerai Prihatin Rakyat anjuran PN membabitkan penjualan barang keperluan pada harga rendah, dengan siri seterusnya akan diadakan di Kampung Jus Permai, Selandar dan Pantai Klebang di Melaka pada Sabtu ini.
“Bersih 2.0 mengingatkan aktiviti sebegini adalah kesalahan pilihan raya, di mana perbuatan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana pihak untuk memberikan makanan, minuman atau bekalan sebelum, semasa atau selepas pilihan raya dengan tujuan mendapatkan undi, di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Walaupun Gerai Prihatin Rakyat tersebut tidak memberikan makanan, minuman atau bekalan secara langsung, namun mereka menjualnya dengan harga sangat murah dan boleh mempengaruhi pengundi secara rasuah untuk mengundi parti politik atau calon yang menyediakan khidmat sedemikian semasa tempoh pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.
Poster program pada Sabtu ini yang dimuat naik ke media sosial menampilkan Pengerusi PN Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen bersama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang dijangka melancarkannya.
Empat barang keperluan, iaitu ubi kentang 2kg, seekor ayam, sepapan telur dan Milo 200g akan dijual pada harga RM15. Hanya seorang individu dari setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 boleh membelinya. Ia terhad kepada 2,000 pembeli pertama secara pandu lalu.
Bersih 2.0 berkata, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda antara RM1,000 hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.
“Kami menggesa semua pihak menjunjung semangat pilihan raya bersih dan adil serta semangat peruntukan akta ini untuk menghalang mana-mana pihak secara rasuah mempengaruhi pengundi untuk memilih mereka dalam pilihan raya.”
Gerai Prihatin Rakyat PN langgar akta pilihan raya
hr />
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU