Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000
Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000
Polis berjaya menahan empat lelaki yang terlibat dalam satu kejadian pecah rumah di Kangkar Pulai, Skudai di sini melibatkan kerugian berjumlah RM70,000 pada 9 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek itu ditahan dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.
Menurutnya, suspek yang ditahan merupakan warga tempatan dan berusia antara 23 hingga 36 tahun.
“Pada 9 Oktober lalu, polis menerima aduan seorang guru wanita berusia 30-an memaklumkan kediamannya dipecah masuk empat lelaki ketika sedang tidur pada pukul 2.41 pagi.
“Suspek yang bersenjatakan parang telah mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan sarung bantal sebelum melarikan barangan berharga daripada kediaman berkenaan.
“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menjejak empat suspek dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Mutiara Mas dan Taman Universiti,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.
Tambah Dzulkhairi, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau dengan seorang daripada mereka mempunyai 24 rekod melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Jelasnya, pihaknya masih berusaha untuk mengesan seorang lagi rakan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan. K Online
Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU