5 Perkara Tentang Karahantepe Di Turki, Wajah Terbaharu Warisan Arkeologi [VIDEO]
5 Perkara Tentang Karahantepe Di Turki, Wajah Terbaharu Warisan Arkeologi [VIDEO]
SANLIURFA: Turki, sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Ini lima perkara yang perlu anda ketahui tentang wajah terbaharu dunia arkeologi ini:
1. Karahantepe ditemui susulan penerokaan Gobeklitepe, sebuah tapak arkeologi zaman neolitik sekitar 12,000 tahun yang lalu.
Karahantepe adalah salah satu daripada tujuh tapak yang sedang diekskavasi, berbaki lima yang masih belum bermula.
2. Terletak kira-kira 75 kilometer dari bandar Sanliurfa di tenggara Turki, manakala jarak di antara Karahantepe dan Gobeklitepe dianggarkan sejauh 35 kilometer.
3. Struktur binaan obelisk dan senibina dalam bentuk bulatan yang sama seperti binaan di Gobeklitepe, juga ditemukan di Karahantepe.
Berdasarkan perbandingan tersebut, binaan sedemikian dikatakan unik kepada komuniti manusia Zaman Neolitik yang tinggal di sekitar wilayah ini.
4. Artifak berupa motif haiwan yang ditemukan di Karahantepe menggambarkan bahawa komuniti zaman itu mempunyai memori sosial yang seragam. Ukiran manusia juga ditemui pada tiang obelisk di Karahantepe.
Motif haiwan dan manusia ini memberi petunjuk kepada ahli penyelidik untuk mengkaji mengenai sistem kepercayaan masyarakat tersebut.
5. Penemuan artifak barangan domestik kegunaan harian seperti pinggan dan periuk tembikar memberi petunjuk kepada para arkeologi bahawa wujudnya penempatan manusia di Karahantepe.
Sumber: Daily Mail