Jin Wei puas tamat kemarau panjang kejuaraan

Jin Wei puas tamat kemarau panjang kejuaraan

Jin Wei puas tamat kemarau panjang kejuaraan
JIN Wei atasi cabaran pemain Indonesia.

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menganggap kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Singapura 2026 di Singapura, semalam sebagai satu keajaiban selepas penantian panjang tanpa sebarang gelaran.

Jin Wei yang kini menghuni ranking ke-55 dunia menewaskan pemain Indonesia yang berada di ranking ke-100 dunia, Komang Ayu Cahya Dewi 21-11, 21-11 dalam masa 30 minit pada aksi final.

Kemenangan itu menyaksikan Jin Wei kini memiliki rekod pertemuan 2-0 ke atas Komang Ayu selepas turut menewaskan pemain berkenaan pada pusingan 16 terbaik Terbuka Taiwan empat tahun lalu.

Kejayaan yang dilakar anak jati Pulau Pinang itu membolehkan dia membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,400 (RM9,339) selain pingat emas.

Menurut Jin Wei, kejayaan itu memberi makna besar buat dirinya selepas terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang karier termasuk masalah kesihatan yang mengganggu prestasinya sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa


“Ia satu tempoh yang cukup lama, bergelar juara selepas lapan tahun berlalu. Terima kasih kepada penaja yang tidak pernah berputus asa dengan saya.

“Mengejar impian yang akhirnya tercapai, masih adakah keajaiban lagi?” katanya.

Kali terakhir Jin Wei merangkul gelaran di peringkat senior adalah ketika memenangi pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ketika berusia 17 tahun.

Selepas kejayaan itu, pemain berusia 26 tahun berkenaan lebih banyak mencipta kejayaan di peringkat remaja termasuk memenangi pingat emas Olimpik Remaja di Buenos Aires serta muncul juara remaja dunia buat kali kedua di Markham, Kanada pada 2018.

Bulan lalu, Jin Wei hampir memecah kebuntuan gelaran apabila mara ke final Thailand Masters, namun masalah kesihatan memaksanya menarik diri sebelum perlawanan penentuan menentang wakil India, Devika Sihag.

Kejayaan di Singapura itu dilihat mampu menjadi tonik penting buat Jin Wei untuk kembali membina keyakinan dalam usaha mengejar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Jin Wei puas tamat kemarau panjang kejuaraan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker