Obses dengan bomba, lelaki sengaja bakar rumah
Obses dengan bomba, lelaki sengaja bakar rumah

LONDON – Seorang lelaki mengaku bersalah kerana menghubungi bomba untuk memadamkan kebakaran yang sengaja dicetuskan di sebuah rumah di Ashington, Britain, lapor laman berita OddityCentral kelmarin.
James Brown menghubungi bomba selang 90 minit untuk memadam kebakaran di rumahnya pada September 2023 dengan dia menyalahkan meter elektrik sebagai punca.
Namun, alasan itu tidak munasabah kerana bekalan elektrik ke rumah tersebut telah diputuskan oleh anggota bomba, menyebabkan mereka mula mengesyaki bahawa kebakaran dilakukan dengan sengaja.
“Anda telah berkata bahawa anda bercita-cita untuk menjadi anggota bomba dan mempunyai minat mendalam terhadap perkhidmatan bomba. Ia jelas satu obsesi.
“Minat utama anda adalah dengan menghubungi bomba,” kata Hakim Robert Adams di sebuah mahkamah baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Menurut rekod mahkamah, Brown merakam video anggota bomba ketika mereka bergegas memadamkan api dan kelihatan agak bersemangat dengan kehadiran mereka di rumahnya.
Semakan latar belakang ringkas menunjukkan tertuduh telah menghubungi bomba sebanyak 80 kali dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.
Brown, 26, dari Northumberland mengaku bersalah atas dua pertuduhan membakar dengan sengaja.
Dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan yang ditangguh selama dua tahun dengan 150 jam kerja tanpa gaji. – AGENSI
Obses dengan bomba, lelaki sengaja bakar rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.