PAP menang pilihan raya Singapura

PAP menang pilihan raya Singapura

PAP menang pilihan raya Singapura
Lawrence meraikan kemenangan PAP di pusat perhimpunan parti semasa keputusan PRU diumumkan di Singapura semalam. – AFP

SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga sekali gus menang besar-besaran dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang dikuasai oleh kebimbangan terhadap kos sara hidup dan kestabilan ekonomi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Diketuai oleh Perdana Menteri, Lawrence Wong dalam pemilihan pertamanya sejak beliau menjadi ketua parti itu tahun lepas, PAP memperoleh 65.6 peratus undian dengan 87 daripada 97 kerusi di Parlimen.

Rakyat Singapura keluar mengundi semalam dengan mengetengahkan kebimbangan tentang isu inflasi, kadar gaji dan prospek pekerjaan.

Keputusan undian dilihat secara meluas sebagai jaminan keselamatan bagi PAP di tengah-tengah kebimbangan terhadap pergolakan global.

“Singapura berasa amat terdedah memandangkan saiz ekonominya dan pendedahan kepada kuasa antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Kami juga dikenali sebagai pengundi yang mengelak risiko,” Profesor Madya Sains Politik di Universiti Kebangsaan Singapura, Ian Chong.

Pembangkang utama, Parti Pekerja (WP) berhaluan kiri tengah gagal menawan lebih banyak kerusi tetapi terus memegang 10 kerusinya di Parlimen.

PAP berhaluan tengah telah mentadbir Singapura secara berterusan sejak 1959, menjadikannya salah satu parti politik paling lama memerintah di dunia.

Ia mendapat sokongan padu daripada rakyat Singapura, terutamanya daripada generasi lebih tua yang menyaksikan negara itu berkembang maju di bawah pemerintahan parti tersebut. – AGENSI

PAP menang pilihan raya Singapura

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker