Pensyarah halau pelajar tak mampu beli buku

Pensyarah halau pelajar tak mampu beli buku

Pensyarah halau pelajar tak mampu beli buku
Tangkap layar menunjukkan pelajar itu dihalau dari kelas kerana tidak membeli buku. – TikTok

JAKARTA – Seorang pensyarah mengundang kecaman orang ramai kerana menghalau seorang pelajar lelaki daripada kelas, kerana dia tidak membeli buku teks, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di sebuah universiti di Tulungagung, wilayah Jawa Timur.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkkonoha memaparkan pensyarah itu menengking dan memarahi pelajar tersebut di dalam kelas.

“Saya belum beli. Saya tidak ada duit,” kata pelajar itu ketika ditanya oleh pensyarah tentang buku itu.

Dia juga akan menghalau pelajar terbabit sekiranya dia tidak membawa buku yang diminta pada keesokan hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Tahniah ‘pakcik’, anda sudah popular,” kata seorang netizen.

“Bukan semua pelajar kaya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Pensyarah halau pelajar tak mampu beli buku

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker