Lima telco lancar Pakej 5G Rahmah
Lima telco lancar Pakej 5G Rahmah
Lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) melancarkan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam hujung bulan ini dalam usaha menyokong harga jalur lebar berpatutan dan merapatkan jurang digital.
Dalam satu kenyataan, lima syarikat terbabit iaitu CelcomDigi Bhd (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes), turut menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pasca Bayar Rahmah Penjawat Awam bersempena Bulan Kebangsaan.
“Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pasca Bayar Rahmah Penjawat Awam akan dilancarkan pada 31 Ogos ini. Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan melihat pakej yang disediakan di laman sesawang pihak pengendali perkhidmatan,” kata kenyataan itu hari ini.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej pascabayar masing-masing menerusi Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.
Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, syarikat telco serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia juga menawarkan Pakej 5G Rahmah bermula 31 Ogos ini. Utusan
Lima telco lancar Pakej 5G Rahmah
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan
You must be logged in to post a comment.