Tudor pilih pemain cergas, bukan formasi tetap
Tudor pilih pemain cergas, bukan formasi tetap

Rom: Pengendali Juventus, Igor Tudor menegaskan beliau lebih mengutamakan pemain yang berada dalam keadaan terbaik dan mampu menyesuaikan diri berbanding terlalu bergantung kepada taktik tetap menjelang aksi penting Serie A menentang Parma, awal pagi Selasa.
Juventus yang kini berada di tangga keempat dengan enam perlawanan berbaki, membawa momentum positif selepas mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan terakhir, termasuk kemenangan meyakinkan ke atas Lazio minggu lalu.
“Kami tiada Pelan A atau Pelan B, kami hanya akan turunkan pemain yang betul-betul cergas kerana Parma sedang berada dalam prestasi baik dan berjaya mengikat Inter serta Fiorentina sebelum ini,” kata Tudor dalam sidang media, malam tadi.
Juventus ketika ini dua mata di depan Bologna yang akan menentang pendahulu liga, Inter Milan malam ini dan tiga mata di atas Lazio yang bakal bertemu Genoa.
Tudor turut mengesahkan beberapa pemain utama diragui dapat diturunkan termasuk penyerang muda Kenan Yildiz dan pemain tengah Teun Koopmeiners.
“Kenan ada sedikit masalah dan hanya berlatih ringan bersama kumpulan, jadi kami akan lihat keadaannya esok. Koopmeiners juga sama, dia besar kemungkinan tidak akan bermain.”
Ditanya mengenai masa depannya bersama kelab memandangkan kontraknya hanya bersifat jangka pendek, Tudor kekal tenang dan enggan melayan spekulasi.
“Bagi saya, jurulatih boleh dipecat bila-bila masa walaupun ada kontrak lima tahun. Kita hidup sehari demi sehari. Masa depan? Kalau fikir terlalu jauh, ia cuma bawa keresahan.
“Yang penting ialah buat persiapan terbaik dan hadapi hari perlawanan dengan sehabis baik. Selebihnya, tiada apa yang penting.”
Tudor pilih pemain cergas, bukan formasi tetap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.