Skuad ragbi negara tersingkir ke Divisyen Satu ARC
Skuad ragbi negara tersingkir ke Divisyen Satu ARC

Kuala Lumpur: Impian skuad ragbi Malaysia kekal beraksi dalam Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2025 musnah selepas tewas kepada juara Divisyen Satu Sri Lanka dalam perlawanan playoff hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Racecourse Stadium, Colombo skuad negara terpaksa akur tumpas 19-59.
Pada perlawanan itu, Sri Lanka berjaya melakukan sembilan try menerusi Dinal Ekanayake (tiga), Janidu Madushanka (dua), masing-masing satu menerusi Naveen Marasinghe, Danushka Ranjan, Dahan Wickramarachichi dan Akash Madushanka, manakala Mursheed Zubair Dora menyempurnakan tujuh conversion.
Tiga try Malaysia pula diraih menerusi pemain naturalisasi Etonia Vaqa Saukuru dengan Nazreen Fitri Nasrudin dan Amirul Aqil Kamsol masing-masing menyempurnakan satu conversion.
Terdahulu Malaysia terpaksa bermain di pusingan playoff selepas menamatkan Divisyen Premier musim lalu di tangga tercorot tanpa mengumpul sebarang mata.
Skuad ragbi negara tersingkir ke Divisyen Satu ARC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.