Maresca tuntut pemain fokus baki perlawanan
Maresca tuntut pemain fokus baki perlawanan

London: Pemain Chelsea perlu berdepan tekanan yang sedang mereka hadapi dan memanfaatkan beberapa perlawanan yang tinggal untuk mengubah musim mereka, kata pengurus Enzo Maresca menjelang pertemuan Liga Perdana menentang seteru Fulham, esok.
Pasukan bimbingan Maresca, yang sedang berusaha kembali ke Liga Juara-Juara selepas dua musim yang mengecewakan, jatuh ke tangga keenam dalam carta liga selepas keputusan seri yang mengecewakan menentang Brentford dan Ipswich Town, pasukan yang berdepan penyingkiran.
Kelab London itu turut mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada Poland, Legia Warsaw, dalam perlawanan timbal balik Liga Europa namun tetap mara ke separuh akhir kejohanan itu dengan kemenangan agregat 4-2.
Ditanya sama ada ini waktu yang buruk untuk Chelsea menentang Fulham dalam perlawanan derby, Maresca berkata: “Tidak, pada waktu ini, tiada masa yang buruk. Pada waktu ini, hanya ada masa yang sesuai untuk bermain mana-mana perlawanan.
“Kami mempunyai enam perlawanan Liga Perdana, ditambah dengan dua perlawanan separuh akhir Liga Konferasi. Jadi buat masa ini, kami ada lapan perlawanan rasmi untuk dimainkan, dan semuanya adalah masa yang baik untuk bermain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Semuanya penting. Kita tidak boleh memilih masa. Sekaranglah masanya untuk bergerak jika kita mahu mencapai sesuatu,” katanya.
Chelsea kekurangan ketajaman di bahagian serangan sejak kebelakangan ini dengan penyerang Cole Palmer dan Nicolas Jackson terus berdepan kemarau jaringan yang berpanjangan.
Maresca berkata, bahawa kelab itu hanya akan dapat menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas sekiranya kedua-dua pemain itu dapat menemui semula prestasi mereka, sambil menambah: “Mereka pernah menjaringkan gol sebelum ini.
“Ia cuma satu fasa yang perlu mereka harungi. Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, Cole sudahpun menjaringkan 14 gol dalam 20 perlawanan EPL (musim ini). Jadi dia memang menjaringkan gol. Nico juga begitu sebelum dia mengalami kecederaan.
“Sekarang, malangnya, Nico terpaksa berehat selama dua bulan. Jadi mungkin dari segi fizikal, dia masih perlukan masa,” katanya.
Pengurus dari Itali itu turut menambah bahawa Chelsea akan dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Romeo Lavia, menentang Fulham, tetapi menegaskan bahawa pemain Belgium itu akan dibawa masuk secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang isu kecederaan berulang.
Maresca tuntut pemain fokus baki perlawanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.