Evenepoel pernah terfikir karier sudah berakhir
Evenepoel pernah terfikir karier sudah berakhir

Brussels: Juara Olimpik dua kali, Remco Evenepoel mengakui dia pernah merasakan karier lumba basikalnya mungkin sudah berakhir selepas kemalangan ngeri yang dialaminya pada Disember lalu.
Pelumba Belgium berusia 25 tahun itu mengalami pelbagai kecederaan serius dalam insiden berkenaan termasuk patah tulang rusuk, tulang belikat dan tangan, lebam pada paru-paru serta terkehel tulang selangka kanan sehingga ligamen sekelilingnya koyak.
Menurut laporan media Belgium, Evenepoel melanggar pintu sebuah van pos yang terbuka ketika sedang menjalani latihan di Oetingen.
“Sudah tentu, kecederaan saya agak teruk,” kata Evenepoel dalam sidang media menerusi vid
“Bahagian bahu saya, semua otot dan ligamen rosak. Pembedahannya sangat besar. Ini kali kedua bahu yang sama cedera dalam tempoh enam bulan. Jadi pada satu tahap, saya mula tertanya-tanya, adakah bahu ini akan sembuh? Masih boleh berfungsi atau tidak?” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Pelumba pasukan Soudal-Quick Step itu, yang menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Tour de France tahun lalu, turut mendedahkan dia mengalami masalah saraf di bahu.
“Saraf itu masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi ada bahagian otot bahu yang langsung tidak berfungsi buat masa ini.
“Kalau saya pemain tenis, bola tampar atau bola keranjang, karier saya sudah berakhir. Tapi nasib baik saya seorang pelumba basikal,” katanya.
Evenepoel pernah beberapa kali terbabit dalam kemalangan teruk sebelum ini, termasuk di Giro di Lombardia 2020 dan dalam Tour of the Basque Country, insiden yang turut membabitkan juara dua kali Tour de France, Jonas Vingegaard.
“Ini bukan kali pertama saya terbabit dalam kemalangan besar. Melalui musim rehat dan kemudian tahu semua orang sudah kembali berlatih sementara saya masih perlu berehat enam minggu tanpa buat apa-apa. Ia memang sukar,” katanya yang juga juara dunia acara ujian masa ketika ini.
Evenepoel pernah terfikir karier sudah berakhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.