Barca dinilai berdasarkan trofi, bukan hanya gaya permainan – Flick
Barca dinilai berdasarkan trofi, bukan hanya gaya permainan – Flick

Barcelona: Pengendali Barcelona, Hansi Flick, menegaskan bahawa kejayaan pasukannya musim ini akan diukur berdasarkan jumlah trofi yang dimenangi, bukan sekadar keindahan gaya permainan mereka.
Barcelona kini memburu empat kejuaraan selepas menjulang Piala Super Sepanyol pada Januari lalu dan beraksi dengan lebih bertenaga serta menarik berbanding musim-musim sebelumnya.
Gergasi Catalan itu akan berdepan Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir kedua Copa del Rey pada Khamis, sambil turut berada di puncak La Liga dan suku akhir Liga Juara-Juara.
“Saya rasa pasukan ini, para pemain, boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan,” kata Flick dalam sidang media.
“Kami sudah banyak meningkat dan saya sangat menghargai perjalanan pasukan sehingga ke tahap ini. Tetapi dalam bola sepak, yang paling penting adalah kedudukan akhir dan trofi yang dimenangi.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Barcelona sudah menjaringkan empat gol atau lebih dalam 20 daripada 45 perlawanan di semua kejohanan musim ini, termasuk ketika seri 4-4 dengan Atletico dalam aksi separuh akhir pertama Copa del Rey pada Februari lalu.
Flick turut mengesahkan Raphinha dan Pau Cubarsi cergas sepenuhnya selepas direhatkan ketika menang ke atas Girona dalam saingan liga pada Ahad lalu.
Penjaga gol utama, Marc-Andre ter Stegen, kembali menjalani latihan selepas pulih daripada pembedahan lutut, tetapi Flick memberi bayangan bahawa dia memerlukan lebih masa sebelum bersaing dengan Wojciech Szczesny untuk tempat dalam kesebelasan utama.
“Dia sudah berada di padang hari ini, dan kita akan lihat perkembangan seterusnya. Ini proses biasa, kami perlu bersabar,” kata Flick.
“Apa yang penting adalah dia berada dalam keadaan baik dan segala-galanya berjalan mengikut perancangan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Sementara itu, pengendali Atletico, Diego Simeone, menegaskan bahawa tersingkir kepada Barcelona bukan satu kegagalan bagi pasukannya.
Rojiblancos sudah pun tersingkir dari Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid dan ketinggalan sembilan mata di belakang Barcelona dalam La Liga, menjadikan Copa del Rey sebagai satu-satunya peluang realistik untuk meraih trofi musim ini.
“Bagi saya, musim ini masih musim yang sangat baik kerana kami berada di separuh akhir Copa del Rey.”
Barca dinilai berdasarkan trofi, bukan hanya gaya permainan – Flick
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.