Subkontraktor rugi RM1.29 juta akibat pelaburan saham tidak wujud

Subkontraktor rugi RM1.29 juta akibat pelaburan saham tidak wujud

Bayi perempuan maut digilis, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa

KUANTAN: Seorang subkontraktor wanita kerugian RM1.29 juta selepas terpedaya dengan pelaburan saham yang tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa yang turut bekerja sebagai juruaudit syarikat dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan pada 16 Julai lalu.

Katanya, mangsa pada awalnya melabur berjumlah RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan berjumlah RM49,000.

“Dalam tempoh 16 Januari hingga 25 Mac lalu, mangsa membuat 26 transaksi kepada lima akaun bank berbeza yang keseluruhannya RM1.29 juta.

“Selepas pemindahan itu, mangsa diminta membuat pembayaran tambahan kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan yang dianggarkan bernilai RM3,150,754.63 sebelum mula menyedari dirinya ditipu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Sumber kewangan daripada simpanan mangsa, gadaian barang kemas dan pinjaman daripada rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https:/semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Subkontraktor rugi RM1.29 juta akibat pelaburan saham tidak wujud

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker