Tudor azam kembali lonjak Juventus
Tudor azam kembali lonjak Juventus

Turin: Pengurus baharu Juventus, Igor Tudor menegaskan keperluan mendesak untuk melakukan perubahan taktikal dengan pantas bagi meningkatkan kembali prestasi kelab itu.
Bekas pertahanan tengah Croatia itu dilantik sebagai pengurus Juve selepas Thiago Motta dipecat, Ahad lalu susulan dua kekalahan besar berturut-turut dalam musim yang mengecewakan.
Ketika ini, kelab Turin itu berada di tangga kelima Serie A, hanya satu mata di belakang kelompok empat teratas.
Tudor, 46, sedar bahawa dia berada di bawah tekanan untuk segera membawa perubahan, bermula dengan perlawanan di laman sendiri menentang Genoa, Ahad ini.
“Kami telah memulakan satu fasa perubahan dengan ramai pemain baharu, dan ini mungkin memperlahankan perkembangan pasukan. Tetapi apabila anda berada di Juve, anda perlu menang dan berkembang dengan cepat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kami perlu memberikan sesuatu dari segi taktikal. Tetapi kami perlu bertindak segera,” katanya kepada wartawan.
Bekas pemain Juve itu turut menegaskan bahawa dia mahukan pasukan yang menyerang, tetapi tetap seimbang.
“Kami tidak boleh mengalah dalam apa jua keadaan. Saya mahu peminat menikmati permainan. Saya sentiasa mahu menjaringkan satu gol lebih banyak daripada lawan. Saya suka menyerang dengan ramai pemain, tetapi saya juga tidak mahu bolos,” kata Tudor.
Tudor azam kembali lonjak Juventus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.