Nedim Nazri – “Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak…” [VIDEO]
Nedim Nazri – “Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak…” [VIDEO]
Perkongsian bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru baru ini.
Nedim, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan hidangan yang disediakan oleh Nora buat dirinya. Malah, Nora Danish turut berdiri di meja makan sambil memberikan senyuman manis di hadapan bekas suaminya.
@boss_ned When she cooks @DanishNora Sooo good well done mommy
“Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak…”
Tambahnya lagi, menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan Nora sangat handal memasak biarpun bekas isterinya itu bukanlah selalu memasak.
“Bukan selalu cik manis ni masak, bila dia masak sangat sedap!”-Kongsi Nedim lagi
Curi Perhatian Netizen
Perkongsian Nedim mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat mereka berdua sememangnya ditakdirkan untuk menjadi sahabat baik selama-lamanya.
“Sampai sekarang tak tahu kenapa bercerai. Anda berdua ditakdirkan untuk bersama.”
“Ada penampakan resepi tempe Khairul Aming di situ.”
“You guys are meant to be best friends forever.”
“Tak sangka Nora pun suka ikan masak cuka 😍 bawang putih lebih!.”
“Macam mana laki dia boleh tahan 🤣 Nora danish bahh adoiii 🤣.”
“Yeah ND masak, dulu Ned selalu tunggu bila Nora nak masak.”
“Nora cantiknyaa.”
Sekadar info, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Neqayl berusia tujuh tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 16.
Nedim Nazri – “Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak…” [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.