Kritikan Heung-min isu padang teruk cetus tindakan drastik
Kritikan Heung-min isu padang teruk cetus tindakan drastik

Seoul: Pihak berkuasa Korea Selatan hari ini mengumumkan akan menjalankan pemeriksaan ke atas padang bola sepak elit di seluruh negara selepas kapten kebangsaan, Son Heung-min, menyalahkan keadaan permukaan padang yang teruk menjejaskan harapan mereka dalam Piala Dunia.
Keadaan padang yang teruk menjadi isu berulang dalam bola sepak Korea Selatan, dengan bekas pemain Manchester United dan England, Jesse Lingard, yang kini bermain untuk FC Seoul, turut menyuarakan kebimbangannya.
Dua perlawanan kelayakan Piala Dunia di tempat sendiri bulan ini dipindahkan dari Seoul disebabkan keadaan rumput stadium ibu negara yang tidak memuaskan, namun Son turut mengkritik venue yang menjadi pengganti.
“Apabila kita bermain di tempat sendiri, kita sepatutnya menikmati keadaan padang yang terbaik, tetapi keadaan ini langsung tidak bertambah baik,” kata Son kepada wartawan selepas keputusan seri 1-1 yang mengecewakan menentang Jordan di Suwon, Selasa lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan berkata mereka akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas padang di semua 27 stadium K League bermula April ini.
Pegawai juga akan mengkaji bagaimana negara lain, termasuk Jepun, menyelenggara permukaan padang mereka.
“Keadaan padang stadium secara langsung mempengaruhi bukan sahaja prestasi pemain, tetapi juga untuk mengelak kecederaan dan kepuasan penonton.
“Melalui pemeriksaan ini, kami berhasrat mengenal pasti penyelesaian praktikal untuk memperbaiki keadaan padang bola sepak dan mengukuhkan kerjasama dengan liga, kelab serta pengendali stadium bagi mewujudkan sistem pengurusan yang mampan,” kata seorang pegawai kementerian.
Selepas dua keputusan seri berturut-turut di tempat sendiri dalam tempoh seminggu, bintang Tottenham itu berkata: “Saya tahu kami boleh bermain dengan lebih baik, tetapi apabila keadaan padang di tempat sendiri menjadi penghalang, saya tertanya-tanya di mana kelebihan sebenar kami bermain di laman sendiri.”
Korea Selatan masih berada di landasan untuk layak ke Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, namun keputusan seri berturut-turut bermakna mereka melepaskan peluang untuk mengesahkan tempat lebih awal.
Kritikan Heung-min isu padang teruk cetus tindakan drastik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.