Meerqeen Menyanyi [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!-“Sedap Betul Suaranya Tu”

Meerqeen Menyanyi [VIDEO]

Meerqeen Menyanyi [VIDEO]
Meerqeen Menyanyi [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.

Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020.Dan  Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna Jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga. Meerqeen kini banyak dilamar jenama-jenama besar fesyen antarabangsa dan sering kelihatan di setiap fesyen atau acara jenama tersebut.

Bagi Meerqeen, walaupun kini dia sedang sibuk dengan urusan kerja, namun tetap meluangkan masa dengan keluarga tercinta yang menjadi penguat dan tulang belakangnya.

“Bestlah Suara Dia, Kalau Keluarkan Lagu Mesti Ramai Dengar”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @trprsfghtrs yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 167 ribu, tanda suka sebanyak 22 ribu dan sebanyak 70 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen yang menyanyikan lagu dari Indonesia yang berjudul Rapuh dari Agnes Monica.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara meerqeen sangat merdu dan sedap di dengar.

Meerqeen Menyanyi [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker