‘Bos’ penganjur Piala Dunia 2030 letak jawatan selepas terbabit skandal
‘Bos’ penganjur Piala Dunia 2030 letak jawatan selepas terbabit skandal

Madrid: Ketua penganjur Piala Dunia 2030 Sepanyol, Maria Tato, meletakkan jawatannya selepas dituduh memanipulasi proses pemilihan stadium yang akan menjadi tuan rumah perlawanan, bagi memberi kelebihan kepada satu bandar, lapor media Sepanyol.
Maria meletak jawatannya di persatuan bola sepak Sepanyol (RFEF) susulan laporan yang diterbitkan oleh akhbar El Mundo yang mendakwa penilaian untuk venue yang berpotensi diubah bagi memihak kepada Anoeta di San Sebastian, mengorbankan Balaidos di Vigo.
“Pada 25 Jun 2024, Balaidos berada dalam senarai 11 venue (di Sepanyol) namun pada 27 Jun, senarai itu dipinda.
“Ini sangat serius, kami menuntut mereka menjelaskan siapa yang mengubahnya, mengapa dan dengan kriteria apaa,” kata Datuk Bandar Vigo, Abel Caballero, di X minggu ini.
RFEF tidak memberikan respons kepada permintaan AFP untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Sebelum ini, pertubuhan terbabit mengumumkan tahun lalu bahawa Sepanyol akan mempunyai 11 venue untuk kejohanan itu, termasuk stadium Camp Nou yang dibina semula di Barcelona dan Santiago Bernabeu milik Real Madrid, sementara Portugal yang turut menjadi tuan rumah mempunyai tiga dan Maghribi enam.
‘Bos’ penganjur Piala Dunia 2030 letak jawatan selepas terbabit skandal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
You must be logged in to post a comment.