Pasangan suami isteri sempat rakam foto Hari Raya sebelum maut dalam kemalangan
Pasangan suami isteri sempat rakam foto Hari Raya sebelum maut dalam kemalangan

SIK: “Ini foto terakhir saya rakam untuk pasangan suami isteri itu sebelum mereka maut dalam kemalangan hari ini,” kata Muhammad Suhaimi Yahaya, 35.
Muhammad Suhaimi adalah pemilik Bromie Studio, Parit Panjang, Baling yang dikunjungi pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23 dan isterinya Intan suraya Zaidi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di tempat kejadian.
“Pasangan itu datang ke studio saya pada jam 11 pagi untuk mengambil foto Hari Raya selama hampir 30 minit.
“Mereka kelihatan seronok malah wajah mereka kelihatan berseri sepanjang mengambil gambar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Malah, mereka juga teruja kerana dapat mengambil gambar raya yang siap dicuci terus hari ini dan saya hantar terus ke telefon bimbit jenis iPhone milik mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Muhammad Suhaimi, ketika merakam gambar, pasangan itu banyak ketawa dan ceria antara satu sama lain.
Katanya, tidak lama lepas tu dia terkejut apabila menerima berita yang mereka terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Saya mengenali pasangan itu ketika kali pertama mengambil gambar perkahwinan mereka pada Jun tahun lalu.
“Pasangan itu sangat baik dan kelihatan sangat gembira walaupun baru berkenalan dengan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
“Dan ini kali kedua saya merakam gambar kenangan mereka berdua tak sangka ini foto yang terakhir saya ambil untuk pasangan itu,” katanya.
Sementara itu, sumber polis berkata, dalam kejadian itu, kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri itu sedang bergerak dari arah Bukit Selambau menghala ke Batu Lima manakala sebuah lori membawa muatan batu datang dari arah Batu Lima menghala ke Bukit Selambau.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Lokman Hakim hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Pemandu lori berusia 34 tahun itu cuba mengelak ke kanan namun gagal lalu bertembung.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu lori terbabit hilang kawalan dan terlanggar tebing batu di bahu kanan jalan,” katanya.
Pasangan itu yang tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dipanggil untuk memotong bumbung kereta bagi mengeluarkan mangsa.
Mayat pasangan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Media hari ini melaporkan, pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.16 petang.
@bharianmy Perodua Myvi bertembung lori, suami isteri maut beritaditiktok
Pasangan suami isteri sempat rakam foto Hari Raya sebelum maut dalam kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.