Tiru gaya ‘Siuuu’ tiada niat ejek Ronaldo – Hojlund

Tiru gaya ‘Siuuu’ tiada niat ejek Ronaldo – Hojlund

Tiru gaya 'Siuuu' tiada niat ejek Ronaldo - Hojlund
RASMUS Hojlund meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

Copenhagen: Penyerang Denmark, Rasmus Hojlund meniru gaya sambutan ikonik “Siuuu” Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Portugal dalam perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara, tetapi menegaskan dia tidak berniat untuk mengejek idolanya itu.

Jaringan pemain Manchester United itu pada minit ke-78 memberikan kemenangan 1-0 kepada Denmark dalam perlawanan suku akhir pertama menentang Portugal, sementara Ronaldo gagal memberi impak dalam perlawanan yang mengecewakan.

Hojlund, yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol sebelum meniru gaya sambutan bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu.

“Saya bermain menentang pemain bola sepak terbaik dunia, idola saya, dan menjaringkan gol kemenangan. Tiada yang lebih baik daripada saat ini.

“Ia bukan untuk mengejeknya atau apa-apa, saya selalu mengatakan bahawa dia mempunyai pengaruh besar terhadap saya dan kerjaya bola sepak saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


“Menjaringkan gol menentangnya dan Portugal adalah sesuatu yang bermakna. Saya pernah melihatnya beraksi pada 2009, di mana dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, dan sejak itu saya menjadi peminatnya,” kata Hojlund kepada TV2 Denmark.

Hojlund sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia ‘jatuh cinta’ dengan bola sepak dan Manchester United kerana Ronaldo, yang kini bermain untuk Al-Nassr di Arab Saudi.

Penyerang Denmark itu juga menamatkan kemarau jaringan bersama kelab dengan menjaringkan gol ketika Manchester United menewaskan Leicester City hujung minggu lalu, sebelum meneruskan rentak cemerlangnya dengan gol kemenangan ke atas Portugal.

Tiru gaya ‘Siuuu’ tiada niat ejek Ronaldo – Hojlund

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker