Syed Saddiq ‘Dipaksa’ Bella Astillah Untuk Potong Rambut [VIDEO]

Curi Perhatian Netizen!-“Semoga Kahwin…”

Syed Saddiq ‘Dipaksa’ Bella Astillah Untuk Potong Rambut [VIDEO]

Syed Saddiq ‘Dipaksa’ Bella Astillah Untuk Potong Rambut [VIDEO]

Perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian netizen apabila memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Syed Saddiq berseloroh menyatakan bahawa dia telah dipaksa oleh pelakon, Bella Astillah untuk memotong gaya rambut versi K-Pop.

“Kena paksa gunting rambut ala Korea versi Bella Astillah 😆.”-kapsyen Syed Saddiq di Instagram

“Bersemangat Lagu YB Berucap Kat Parlimen…”

Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen berkongsi rasa teruja melihat hubungan mesra di antara Syed Saddiq dan Bella Astillah, malah ramai yang mendoakan agar mereka berdua dijodohkan bersama.

“Ni dah takde tah primavalet, so confirm la kan? 😜.”

“Dah macam Syed Min Ho.”

“Bersemangat lagi YB berucap kat parlimen 😂.”

“Kalau setakat partner keje takde sampai minta potong rambut tau 😆.”

“Woww 🔥 bakal suami Bella nie 😍.”

“Balik Jakarta terus dating pergi potong rambut 😍😍.”

“Semoga kahwin la, kalau tak kahwin nanti Ruhai*ies tepuk tangan sama si Aliff.”

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dilihat banyak menghabiskan masa bersama selepas menjadi duta jenama pakaian. Malah, mereka berdua turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Syed Saddiq ‘Dipaksa’ Bella Astillah Untuk Potong Rambut [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker