Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB

Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB

Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB
Kakitangan TNB melakukan pemotongan elektrik yang dikesan melakukan aktiviti melombong bitcoin yang diserbu bersama PGA Batalion 2, Kulim di daerah itu.NSTP/IHSAN PGA

SUNGAI PETANI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Kulim menyerbu empat lokasi di sekitar daerah ini yang dipercayai melakukan kegiatan melombong bitcoin di sini, Isnin lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi yang dilakukan Cawangan Risik 2 PGA Batalion 2 itu turut disertai Pasukan Juruteknik Khas (Seal Team) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 5 petang hingga 10 malam itu dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat buah premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan aktiviti melombong bitcoin dan disyaki melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

“Berikutan itu, kita merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan sindiket itu yang ditemui iaitu 111 unit mesin perlombongan Bitcoin, lima unit router, dua unit modem dan sebuah komputer riba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?

 

Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB
Peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin yang dirampas dalam serbuan di empat premis di daerah ini.NSTP/IHSAN PGA

“Jumlah keseluruhan barangan yang dirampas adalah sebanyak RM890,950,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, jika disabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Briged Utara PGA sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


“Selain itu, Briged Utara PGA juga akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khusunya yang membabitkan penyelewengan barang keperluan harian yang juga salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga,” katanya.

Menurutnya, masyarakat atau pengguna diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker