Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3

Mohon Doa Orang Ramai Moga Diberi Kesembuhan

Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3

Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3

Pelakon terkenal, Amyza Aznan baru-baru ini berkongsi berita sedih mengenai anak lelakinya, Andre Mikhail, yang berusia 19 tahun.

Anak Hidap kanser Paru-Paru Tahap 3

Dalam hantaran di Instagram miliknya, Amyza menyatakan bahawa anaknya itu telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza menyampaikan maklumat ini melaluivideo di Instagram miliknya pada Sabtu, sambil turut berkongsi video yang menunjukkan dirinya sedang mengisi borang bagi kebenaran untuk menjalani prosedur rawatan.

Amyza memaklumkan perkara tersebut selepas tiga minggu Andre menjalani rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Sebelah Paru-Paru Sudah Tidak Berfungsi

Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3
via Instagram Amyza Aznan

Menurut Amyza, keadaan Andre kini sangat kritikal kerana air dalam paru-parunya telah memasuki jantung dan paru-paru sebelah kanannya sudah tidak berfungsi.

Walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar, Amyza menyatakan bahawa Andre tetap tenang menghadapi ujian berat ini.

Dia berkongsi bahawa anaknya itu sangat tenang ketika dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan dan prosedur yang tidak dinyatakan secara terperinci.

Amyza juga memberitahu bahawa semua jururawat yang merawat Andre mengakui kekuatan dan ketenangan yang ditunjukkan oleh anaknya itu.

Mohon Doa Orang Ramai

Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3
via Instagram Amyza Aznan
via Instagram Amyza Aznan

Sebelum ini, Andre pernah dimasukkan ke hospital selepas doktor mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan di bahagian paru-paru.

Pada waktu itu, mereka masih menunggu keputusan daripada ujian sampel yang dilakukan bagi menentukan jenis penyakit sebenar yang dihidapi.

Dalam keadaannya yang kritikal ini, Amyza memohon doa daripada orang ramai agar anaknya segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Dia berharap dengan sokongan doa dan kasih sayang, Andre akan diberi kekuatan untuk melawan penyakit ini.

Anak Amyza Aznan Didiagnose Kanser Paru Paru Tahap 3


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker