Pemandu treler maut nahas empat kenderaan
Pemandu treler maut nahas empat kenderaan
![Pemandu treler maut nahas empat kenderaan](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/bhnahas_1_1739439618-1.webp)
ALOR SETAR: Seorang pemandu treler maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 53.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan kejadian pada jam 7.25 pagi.
Katanya, empat kenderaan terbabit ialah treler, bas, van dan lori.
“Kemalangan dipercayai berlaku jam 6.30 pagi dan keempat-empat kenderaan terbabit difahamkan bergerak menghala Alor Setar.
“Treler jenis Volvo dipandu lelaki berusia 31 tahun dikatakan melanggar belakang bas, menyebabkan bas itu ke hadapan lalu terlanggar van.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Van itu kemudian melanggar sebuah lori di hadapannya.
“Susulan perlanggaran itu, pemandu treler terbabit cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siti Nor Salawati berkata, pemandu van cedera ringan di badan manakala pemandu bas dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Polis memohon kerjasama orang ramai terutama saksi kejadian untuk tampil di Balai Polis Trafik Kota Setar atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Lukmanul Hakim Mohd Fauzi di talian 04-7321222 atau 013-9964614 bagi membantu siasatan,” katanya.
Pemandu treler maut nahas empat kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.