KL City fokus hadapi TFC
KL City fokus hadapi TFC

Kuala Lumpur: Selepas terkeluar daripada Kejuaraan Kelab Asean, Kuala Lumpur City FC (KL City) kini mengalihkan fokus menghadapi saingan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.
Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac berkata, tumpuan skuad The Citys Boys ketika ini untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga dan mahu misi itu dimulakan dengan meraih mata ke atas Terengganu FC.
“Selepas kita tidak beraksi di Piala Shopee (Kejuaraan Kelab Asean), kita hanya ada perlawanan dalam liga (Liga Super) dan saya ada bercakap dengan pemain mengenai perkara ini.
“Kami mahu memberi fokus 100 peratus kepada liga dengan pemain sedar peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta. Masih ada lagi baki tujuh perlawanan dan kami harus memungut sebanyak mungkin mata,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Ketika ini KL City menghuni tangga ke-10 liga dengan mengumpul 18 mata daripada 17 perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Mengulas mengenai perlawanan dengan Terengganu FC, jurulatih dari Croatia itu akui lawan memiliki kekuatan tersendiri dan pemainnya perlu berhati-hati.
“Kami kehilangan ramai pemain akibat kecederaan, malah dalam aksi terakhir Piala Shopee menentang Buriram United kami tidak dapat turunkan Paulo Josue dan Kamal Azizi kerana digantung perlawanan.
“Persiapan kami semuanya baik dan Paulo Josue dan Kamal Azizi akan bersama pasukan di Terengganu nanti. Kami dah bersedia tetapi tidak sepenuhnya kerana ada yang masih cedera.
“Tetapi mulai bulan depan saya yakin kami akan lebih ampuh apabila ramai pemain kembali memperkuatkan pasukan dan cuba mengumpul sebanyak mungkin mata,” katanya.
KL City fokus hadapi TFC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.