‘Isteri tanya saya nak lauk apa, sejam berikutnya dia dah tiada’

‘Isteri tanya saya nak lauk apa, sejam berikutnya dia dah tiada’

'Isteri tanya saya nak lauk apa, sejam berikutnya dia dah tiada'
Nur Saidatul Aishah Zakari (dua kiri) dan anaknya, Wan Nur Izara Aina (kanan) maut dalam kemalangan di Kampung Kepah, Kuala Berang, pagi tadi. – Foto Ihsan keluarga

KUALA BERANG: “Dia tanya saya nak lauk apa makan tengah hari dan saya minta sup ayam. Sejam selepas itu, isteri saya dah tiada.”

Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, tergamam menerima berita isteri, Nur Saidatul Aishah Zakari, 36, dan dua anak mereka terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Kampung Kepah di sini, jam 11.55 pagi tadi.

Sebelum kejadian, Tun Mohd Khairul yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkawang, sempat berbalas mesej dengan isterinya di WhatsApp.

“Dalam jam 11 pagi, isteri menghantar mesej bertanya apa perlu dimasak untuk juadah tengah hari dan saya minta dia belikan ayam untuk dibuat sup.

“Sejam kemudian, seorang rakan datang ke tempat kerja memberitahu isteri saya dan anak-anak terbabit dalam kemalangan dengan kereta,” katanya di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Tun Mohd Khairul sempat membeli roti canai seperti diminta isterinya pagi tadi sebelum keluar bekerja.

Katanya, Nur Saidatul Aishah meninggalkan pesanan itu di WhatsApp malam tadi dan beliau membelikannya jam 7 pagi tadi sebelum bergegas ke tempat kerja.

“Saya tidak tahu dia sempat makan atau tidak. Saya ada tinggalkan wang di bawah kusyen motosikal untuk dia membeli lauk tengah hari,” katanya.

Nur Saidatul Aishah bersama anaknya, Wan Nur Izara Aina, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi anaknya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, cedera parah.

Motosikal ditunggang tiga beranak itu dirempuh sebuah Perodua Axia dinaiki lima pelajar di Kilometer 13, Jalan Gaung–Kuala Ping–Teris, dekat sini, jam 11.55 pagi tadi.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tengkawang di sini, malam ini.

‘Isteri tanya saya nak lauk apa, sejam berikutnya dia dah tiada’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker