Dua beranak maut motosikal ditunggang dirempuh kereta dipandu pelajar

Dua beranak maut motosikal ditunggang dirempuh kereta dipandu pelajar

Dua beranak maut motosikal ditunggang dirempuh kereta dipandu pelajar
Keadaan Perodua Axia dan motosikal dinaiki tiga beranak selepas kemalangan selepas kemalangan di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Kampung Kepah. Foto IHSAN TULAR MEDIA SOSIAL FB

KUALA BERANG: Dua beranak maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 11.55 pagi itu, Nursaidatul Aishah Zakari, 36, dan anaknya, Wan Nur Izara Aina Tun Mohd Khairul, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anak mangsa, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, cedera parah.

Ketika kejadian, tiga beranak yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tengkawang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata kereta Perodua Axia dipandu pelajar berusia 19 tahun dikatakan gagal dikawal ketika melalui selekoh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?

 


Katanya, kenderaan dinaiki lima pelajar menghala ke Kuala Berang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal dinaiki tiga beranak berkenaan.

“Mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dua beranak maut motosikal ditunggang dirempuh kereta dipandu pelajar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker