Aaron Aziz Luah Rasa Bimbang Susulan Kejadian Tembakan Di Setia Alam

Aaron Aziz Luah Rasa Bimbang Susulan Kejadian Tembakan Di Setia Alam

Bimbang Susulan Kejadian Tembakan Di Setia Alam

Aktor, Aaron Aziz meluahkan rasa bimbang terhadap isu keselamatan susulan kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam pada Ahad.

Malah, anak perempuannya, Dahlia Arissa turut berada di lokasi kejadian tembakan yang mengakibatkan seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan.

Seru Pihak Berkuasa Memberi Kawalan

Terkini, Aaron Aziz menerusi hantaran di Instagram menitipkan harapan agar pihak berkuasa dapat mengawal peraturan bermain bunga api selain meluahkan rasa bimbang jjika kegiatan sebegitu akan digunakan untuk ‘cover’ bunyi tembakan oleh penjenayah.

“Demi keselamatan, harap pihak berkuasa dapat kawal mercun-mercun semua ini. Mungkin tempat tertentu ke apa-apa je boleh main.

Dan dah banyak kes sekarang, orang cedera parah, kereta terbakar, macam-macam lagi.

Selepas kes tembak di SCM, kegiatan seperti ini akan diguna untuk cover bunyi tembakan oleh penjenayah.”-tulis Aaron di Instagram

Cetus Reaksi Netizen!

Hantaran Aaron mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat pihak terlibat seharusnya mempunyai garis panduan berkaitan bermain bunga api.

“Setuju. Perlu ada garis panduan, perketatkan masa atas jam 11.00 malam kasi senyap. Raya Aidilfitri diorang report , tak boleh tidur bagai, tu baru sehari.”

“Dulu Malaysia aman, sekarang tidak lagi dengan mercun yang mengganggu ketenteraman awam.”

“Sangat-sangat mengecewakan.”

“Saya setuju, sekarang ni macam hari-hari dengar mercun meletup. Macam dah takde kedamaian.”

“Tak habis-habis lagi mercun nya pun.”

“Bayangkan Kalau Ada Penjenayah Rompak Bersenjata…”

Dalam pada itu, Aaron turut menjelaskan pertunjukan bunga api yang dimaksudkan tidak berkaitan dengan mana-mana perayaan, namun ia adalah mengenai keselamatan.

“Tiada kaitan dengan mana-mana perayaan. Ini tentang keselamatan.

Bayangkan kalau ada penjenayah rompak bersenjata orang pun tahu, mercun ke apa. until its too late kalau orang dah tercedera baru sedap ia adalah tembakan.”-jelas Aaron lagi

Aaron Aziz Luah Rasa Bimbang Susulan Kejadian Tembakan Di Setia Alam

Aaron Aziz Luah Rasa Bimbang Susulan Kejadian Tembakan Di Setia Alam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker