Pempengaruh hilang di hutan Bandung ditemui selamat
Pempengaruh hilang di hutan Bandung ditemui selamat
KUALA LUMPUR: Pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika melakukan kegiatan paranormal di sekitar hutan di Bandung, Indonesia ditemui selamat, malam ini.
Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira 10 malam tadi dan penemuannya dikongsi menerusi penstriman langsung di TikTok @Arasz sebelum ia tular.
@yayeynn00._ EYKAA DAH JUMPAAA 😭😭😭 #fyp #hilang
@amnazhan SYUKUR ALHAMDULILLAH TEAM @𝓡 𝓐 𝓢 𝓩 ★ᴡꜰᴘ★ BERJAYA JUMPA EYKA SETELAH 3 HARI !! ALLAHUAKBAR !!! TERIMA KASIH INDONESIA & MALAYSIA @TIM TROBOS MITOS BANTU MEMBANTU 🇮🇩🇲🇾❤️
Dalam perkongsian itu, kelihatan Eyka terbaring di kawasan hutan dalam keadaan lemah.
Sebelum ini, kehilangan wanita itu tular selepas dikongsi rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, yang menyedarinya pada 2 pagi Isnin lalu ketika mereka melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Perkara itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.
Ammar berkata, dia menyedari kehilangan rakannya, Nur Syafiqah, 22, pada jam 2 pagi ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
“Ketika kejadian, lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan terbabit tetapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.
“Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan” katanya.
Ammar berkata pihaknya turut membuat laporan polis selepas 48 jam rakannya hilang kerana itu adalah tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Indonesia.
Katanya, sebelum laporan polis dibuat pihaknya turut mengambil insiatif mencari Eyka bersama penduduk tempatan.
@redflatt_ ALHAMDULILLAH EYKA JUMPA (EYKA DIJUMPAI PADA HARI RABU 5/2 PADA PUKL 10.04 MALAM)#teamammarnazhan
Pempengaruh hilang di hutan Bandung ditemui selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.