3 lelaki pungut hutang ditahan buat ugutan jenayah

3 lelaki pungut hutang ditahan buat ugutan jenayah

KLUANG: Gara-gara melakukan ugutan jenayah, tiga lelaki yang mahu menuntut hutang ditahan di hadapan sebuah rumah di Jalan Gunung Lambak Taman Gunung Lambak, di sini tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang berusia 34 hingga 43 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau mendatangi mangsa yang berusia 50-an

Katanya, suspek diupah untuk mengutip hutang daripada mangsa yang juga seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan bersama syarikat dari China.

“Pada 12.56 tengahari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis.

“Bertindak atas maklumat jam 1.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, menahan tiga lelaki tempatan di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?

 

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati supek pertama dan suspek kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes jenayah manakala suspek ketiga turut ada rekod kesalahan kes narkotik.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap semua tangkapan didapati negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

3 lelaki pungut hutang ditahan buat ugutan jenayah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker