Identiti nelayan hilang bersama bot dikenal pasti
Identiti nelayan hilang bersama bot dikenal pasti
LANGKAWI: Identiti tiga nelayan yang hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah, Kedah ke Kuala Kurau, Perak pada 26 Januari lalu, dikenal pasti.
Mereka dikenali sebagai Aree Tomyang, warga Thailand selaku tekong, manakala dua kru warga tempatan, Rosli Hassan, 49, dan Zamri Harun, 37.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga bagi mengesan ketiga-tiga mangsa dan bot diteruskan 7.30 pagi ini.
“SAR hari ketiga bermula jam 7.30 pagi ini membabitkan satu aset udara dan empat bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin (PPM).
“Radius pencarian mangsa kini dilakukan dalam lingkungan 1,868.9 kilometer persegi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Semalam, media melaporkan sebuah bot dikendali dua awak-awak warga tempatan dan seorang Thailand hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah ke Kuala Kurau.
Menerusi laporan itu, Romli dipetik berkata, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima aduan kehilangan bot itu daripada pengadu yang juga pemiliknya, Rama Nair pada 30 Januari lalu.
Identiti nelayan hilang bersama bot dikenal pasti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.